03 December, 2010
Azam Baru 2011
Hari ni cuaca agak baik, spt mood aku jugak..hari ni baik sikit dari semalam,hahha,maybe setelah semalaman berlinangan airmata kot, x lame lagi Disember bakal berlalu dan tahun baru 2011 bakal muncul, maka bertambah 1 angka lagi usia ku, (tp i still remaja okey) ku harapkan 2011 ni bakal membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat aku dan keluargaku.Aku mahu jadi lebih baik dari sekarang samada dalam cinta mahupun karier, opss! tp bkn nak berlagak sekadar utk kepuasan dlm pencapaian hidup aku..
10 November, 2010
03 November, 2010
Sekali lagi aku diuji, kali ini mak angkat yg aku anggap macam mak kandung pergi tinggalkan aku..walaupun aku bukan lahir dari rahimnya tapi kasih sayangnya cukup buat aku rasa seperti diri ini zuriatnya.Ya Allah, kenapa begitu berat dugaan utkku, setiap insan yg aku sayang pasti tinggalkan aku buat selamanya..AL-FAtihah buat mak
08 August, 2010
Selamat Ulangtahun ke 22 adikku Aien
7 Ogos 2010 adalah hari ulangtahun ke 22 adikku aien,tah camne minggu ni aku penat sangat sampai terlupa tarikh ni,tp nasib baik keadaan masih sempat diselamatkan, sempat juga buat bbq utk adikku itu.Walaupun majlis last minit tp adikku tetap happy dapat menyambut ulangtahun kelahirannya disisi aku.Aien,akak sayang aien sangat,akak doakan aien dapat jadi seorang isteri,ibu,adik dan anak yg solehah.Sekarang dah xleh nak majuk2 macam dulu..love u always adik.
01 August, 2010
Selamat tinggal JULAI dan selamat datag OGOS
Berlalu sudah Julai, sebuah bulan yg penuh dgn kesedihan dan kelukaan buat aku, semoga Ogos bakal membawa sinar kebahagiaan buat aku, sekarang ni fokus utama aku $$$ aku harus segera mengubah kehidupan aku ini.Azamku nak jadi pekerja terbaik pada majikan, dan seorang manusia yg berjaya dalam hidup, Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku,amin.
Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, aku sedang memikirkan tentang tahlil arwah mummy dan daddy,insyallah sebelum 7Julai.Ya Allah tempatkanlah mummy dan daddy dlm golongan org2 beriman dan bahagia disisimu Ya Allah.
Seronok rasanya bila Ramadhan hampir tiba, aku terkenang saat manis sewaktu mummy dan daddy masih ada dulu, kehangatan ramadhan itu terasa sangat.Sekarang tiada lagi mereka menenmaniku menyambut ramadhan dan syawal.Apepun hidup mesti diteruskan..
Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, aku sedang memikirkan tentang tahlil arwah mummy dan daddy,insyallah sebelum 7Julai.Ya Allah tempatkanlah mummy dan daddy dlm golongan org2 beriman dan bahagia disisimu Ya Allah.
Seronok rasanya bila Ramadhan hampir tiba, aku terkenang saat manis sewaktu mummy dan daddy masih ada dulu, kehangatan ramadhan itu terasa sangat.Sekarang tiada lagi mereka menenmaniku menyambut ramadhan dan syawal.Apepun hidup mesti diteruskan..
25 July, 2010
Ulangtahun ke 25 ku, terima kasih insan2 yg aku kasihi
20 April 2010 , Genap 25 tahun usia ku, tanpa diduga aku menerima kejutan dari orang-orang yang aku sayang, thanks bee,chan,biah,shahrul,chan,syafiq,jack..thanks all.Sayang kamu semua.Disaat biah dan shahrul sibuk dengan persiapan perkahwinan mereka, sempat lagi mereka buat kejutan ye, tapi sekarang shahrul dan biah dan pun berkahwin dan biah sekarang sedang hamil.Tahniah buat biah dan shahrul.Jacx pula akan berkahwin dengan Felicia.Chan pula masih dalam usaha mencari cinta sejatinya.
22 April, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)