27 February, 2011

* Resepi Pasuh Manok *

BAHAN-BAHAN :
  • ayam (potong sama saiz)
  • bawang merah, bawang putih, halia, daun kunyit, serai (dihiris halus)
  • daun ketumbar
  • pucuk ubi
  • lada hitam (ditumbuk halus)
  • buluh (saiz buat besar, basuh dgn air panas)

CARA-CARA :

  1. masukkan ayam dan semua bahan2, adun dalam 1 mangkuk, perap selama 1/2 jam.kemudian masukkan dalam buluh dan masak seperti masak lemang.

Resepi Nasi Arab

BAHAN-BAHAN :
  • 1 kg beras basmathi
  • 400 gm rempah beriani
  • 200 gm halia
  • 100 gm bawang putih
  • 100 gm bawang merah
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • 1 tin susu cair
  • 300 gm tomato puri
  • 2 potong kaki kambing
  • sedikit air mawar (arab)

CARA MEMBUAT :

  1. Cuci beras, tos dan ketepikan
  2. Tumis rempah beriani, halia, bawang putih, bawang merah, minyak sapi dan pes tomato hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan susu cair dan kaki kambing.Setelah mendidih masukkan beras, biarkan hingga masak.
  4. Akhir sekali masukkan air mawar dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA...

26 February, 2011

Sabtu Yang Indah~


Salam olls, arinie aku bangun lewat,hahah terlajak tido ar, nilah akibatnyer jika menonton tv hingga lewat pagi, terjaga je matahari dah tinggi,hak,hak,hak..tengok jam jew dah menunjukkan pukul 11.30 a.m, by da way still a.m lorr..ngee,ngee.Maka aku pun lintang pukanglah mandi coz aku terlambat sudah mau pergi beli barang2 kucingku LiLo, so dengan gaya ala2 minah rempitz aku merempitz ditengahari demi kucing kesayangan ku itu.Maka dengan jayanya terbanglah $$RM60$$ demi LiLo ku itu.

Balik tu bermulalah aktiviti memasak, memandangkan dah lewat so aku masak benda yang simple je, ikan kembong masak pindang + tauhu goreng + sambal belacan + ulam kacang panjang..so, lunch time..

18 February, 2011

Alif - Akan Tiba

Anak kucing baru ku Lilo


Hye olls, just nak share pic anak kucing baru ku, hmm..baru 3hari dalam jagaanku, namanya Lilo,hehehe..sempena Lilo & Stitch yang terlalu aku suka, yeayy! Lilo ni manje sangat taw, makan pun dia nak kita teman..tido plak nak tdo sebelah kita,haishh..dah macam budak kecik plak..by da way..enjoyy !!


15 February, 2011

Salam Maulidur Rasul 2011

Salam Maulidur Rasul buat semua, mulakan pagi ini dgn berselawat keatas Nabi.Pagi ni sy sarapan ubi rebus cicah sambal tumis,hehehe..sedap! maklumlah dah lame x makan camni.Semoga arini menjadi hari yg lebih baik dari semalam, dan sy akan cuba belajar melupakan kenangan lalu.Malam tadi sy tgk drama tv3 tajuk dia "Hijab Dikalbu" kisah tentang kealphaan manusia dalam mengejar kenikmatan duniawi hingga terlupa batas2 agama dan lupa pada yg MAHA ESA.ok lah u olls i nak sambung layan ceramah sempena Maulidur Rasul di tv3